Kisah Burung Ababil Mengalahkan Tentera Abrahah
Assalamualaikum Abrahah merupakan Gabenor yang mentadbir Yaman yang sangat angkuh. Nama sebenarnya ialah Abrahah Bin As-Sobah Aba Yaksum dan dia merupakan seorang yang berketurunan Habsyi ( Etophia). , Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa Abrahah inilah. Abrahah telah mendirikan sebuah gereja yang paling besar di Yaman yang dinamakan Al-Qulais dengan harapan suku kaum Arab datang mengerjakan haji di rumah ibadatnya daripada mengangungkan Kaabah, BaitulAllah. Malangnya pada suatu malam orang Quraisy telah pergi ke al-Qulais, membuang air besar dan menyapu najisnya pada dinding Al-Qulais dan telah menyebabkan Abrahah marah. Abrahah telah mengerahkan tenteranya yang terdiri daripada tentera bergajah yang diimport dari Afrika sebanyak 1000 ekor dan di ketuai seekor gajah yang sangat besar bernama Mahmud. Bermulalah sejarah tentera Abrahah dengan membawa gajah-gajah ing...