Kisah Burung Ababil Mengalahkan Tentera Abrahah

Assalamualaikum

Abrahah merupakan Gabenor yang mentadbir Yaman yang sangat angkuh. Nama sebenarnya ialah Abrahah Bin As-Sobah Aba Yaksum dan dia merupakan seorang yang berketurunan Habsyi ( Etophia).Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa Abrahah inilah.


Abrahah telah mendirikan sebuah gereja yang paling besar di Yaman yang dinamakan Al-Qulais dengan harapan suku kaum Arab datang mengerjakan haji di rumah ibadatnya daripada mengangungkan Kaabah, BaitulAllah. 

Malangnya pada suatu malam orang Quraisy telah  pergi ke al-Qulais, membuang air besar dan menyapu najisnya pada dinding Al-Qulais dan telah menyebabkan Abrahah marah. 

Abrahah telah mengerahkan tenteranya yang terdiri daripada tentera bergajah yang diimport dari Afrika sebanyak 1000 ekor dan di ketuai seekor gajah yang sangat besar bernama Mahmud.

Bermulalah sejarah tentera Abrahah dengan membawa gajah-gajah ingin menghancurkan Kaabah, tempat yang diagungkan suku kaum Arab itu. Abrahah yakin akan kekuatan tenteranya untuk menyelesaikan misinya.


Di dalam perjalanan,tiba-tiba ada seekor ular yang bertanyakan kepada ketua gajah iaitu Mahmud.

Ular-''wahai gajah engkau mahu kemana?''
Mahmud- "aku mahu ke Kota Kaabah untuk membantu Tuan(Abrahah) aku mendapatkan kekayaan." 
Ular-''Baik kau jangan pergi, Tuan kau hendak meruntuhkan kaabah''. 
Mahmud-''Mungkin kau silap'' 
Ular- ''Terpulanglah pada kau hendak percaya ataupun tidak''.
Lalu tentera bergajah Abrahah meneruskan perjalanannya.
Disana penduduk Mekah hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk menentukan nasib Kaabah.Mereka takut melihat gajah-gajah yangg besar,sedangkan mereka hanya menunggang kuda,unta dan keldai

Apabila hampir tiba di Makkah, Panglima Abrahah telah merampas dan membawa balik kepada Abrahah binatang-binatang ternakan kaum Quraish dan merampas 200 ekor unta milik Abdul Mutalib (Datuk Nabi SAW) dan pergilah Abdul Mutalib menuntut haknya kepada Abrahah.

Abdul Mutalib, "Serahkan kembali unta milikku!".
Abrahah terkejut, kerana sangkaannya Abdul Mutalib ingin memohon agar Kaabah tidak diruntuhkan. 
Abdul Mutalib menyambung, "Unta-unta itu milik aku, dan Kaabah itu ada tuannya. Oleh itu serahkan semula unta-untaku. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!". 
Maka, Abrahah menyerahkan kembali unta-unta itu dan tidak menganggu penduduk Makkah.

Pada hari yang dirancang, Abrahah dan tenteranya ingin menuju terus ke Kaabah dan melunaskan hasrat mereka. Namun, gajah yang ditungganinya iaitu mahmud tidak mahu bergerak apabila dihadapkan ke arah Kaabah.Perkara itu berlaku juga kepada gajah yan lain.Jenuh di pukul sehingga berdarah, tidak jua bergerak walau seinci.
 Abrahah mengambil keputusan untuk bergerak bersama tenteranya ke Kaabah berjalan kaki sambil membawa tukul.


Pada masa itulah kelihatan sekelompok awan bergerak menuju ke arah mereka, dan yang sebenarnya itu burung-burung Ababil yang membawa batu dari neraka untuk dijatuhkan ke atas tentera Abrahah.


Bagi setiap batu kecil yang menimpa tentera Abrahah, akan menanggalkan daging-daging mereka. Satu persatu tentera  Abrahah gugur mati. 
Abrahah yang melihat keadaan itu mula berlari ke belakang, namun dia juga tidak terkecuali terkena bisa hujan batu yang hanya di bawa burung Ababil.
Tubuh Abrahah telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan
dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersama-sama
tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya. Tahun berlakunya peristiwa ini dinamakan Tahun Gajah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lagu Sekolah Rendah Islam Hidayah